Thursday 27 February 2020

BBM3410satu 2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Pada hujung minggu kami sekeluarga akan gotong royong membersihkan rumah. Saya akan membantu ibu membuang sampah, menyapu lantai dan membeli barangan dapur. Selepas membantu ibu saya menolong bapa membasuh kereta di halaman rumah. Perasaan puas hati apabila dapat membantu ibu bapa dan membuat mereka tersenyum.
Selesai kami melakukan aktiviti gotong royong kami sekeluarga akan makan bersama. Bapa akan menceritakan pengalamanya dan kami akan mendengar. Kami sekeluarga akan meluangkan masa bersama dengan menonton movie dan menceritakan aktiviti harian. Saya amat menyayangi ibu bapa saya. Saya berhati-hati apabila menuturkan kata untuk menjaga hati ibu bapa. Saya amat mengasihi ibu bapa dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraannya.
Saya sayang ibu dan bapa. Mereka amat berjasa kepada saya. Penat lelah membesarkan saya menyebabkan saya berazam untuk membalas jasa mereka apabila sudah dewasa. Abang, kakak, adik dan saudara mereka sentiasa ada bersama ketika saya memerlukan. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan.



RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi, Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...