Thursday 13 February 2020

BBM3410satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita sosial 1 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini mengisahkan tentang Alim yang pulang ke kampung. Alim tidak sabar untuk melihat suasana di kampung yang terletak di Kajang. Dia sememangnya merindui datuk dan nenek, haiwan ternakan seperti ayam dan persekitaran rumah kampung yang menenangkan. Setibanya di kampung dia begitu terkejut melihat ketiadaan ayam dan itik di kawasan rumah datuk dan nenek sehingga menyebabkannya menangis. Melihat tingkah laku Alim, datuk dan nenek terus memujuknya dengan bertanya mengapa dia menangis. Alim memberitahu dia ingin melihat ayam dan itik yang difikirkannya sudah mati. Mendengar keluhan tersebut nenek membawa Alim ke reban baharu yang terletak tidak jauh dari rumah. Tangisan Alim terhenti dan dia tersenyum apabila melihat haiwan ternakan kesayangannya.
Sesudah dia meluangkan masa di reban, dia sekali lagi menangis apabila melihat keadaan rumah nenek yang seakan-akan sudah berubah. Sekali lagi nenek memujuk Alim dengan menceritakan tentang keadaan semasa rumahnya. Sesudah Alim berhenti menangis dia pergi menonton televisyen bersama adik beradiknya.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...