Thursday 20 February 2020

BBM3410satu2020: CERITA SOSIAL 2 : BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI TEORI DAN APLIKASI.

SINOPSIS CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA

Kepulangan bapa Alim membawa buah-buahan dari pasar tani disambut oleh anak-anaknya. Bapa Alim membeli pelbagai jenis buah-buahan antaranya ialah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa tahu Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan. Ibu menyediakan bakul sampah untuk anak-anak membuang sisa makanan. Ibu tidak mahu rumah bersepah dan kotor jika sampah dibuang merata. Alim memberitahu ibunya yang dia mahu berkongsi buah-buahan ini kepada Sulaiman. Ibu dan bapa berpesan berkongsi makanan merupakan perbuatan yang baik. Ibu memuji sikap Alim dan mengasingkan buah-buahan dalam plastik merah. Alim menghulurkan plastik merah yang berisi  buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Kemudian, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Semasa membawa sampah ke luar rumah Alim terserempak dengan Mak Cik  Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan Sulaiman buah-buahan. Alim mengucapkan sama-sama dan memberitahu berkongsi itu perbuatan yang baik menurut ibunya. Ibu juga berpesan Sulaiman , Mak Cik Timah dan Pak Cik yakub jiran yang baik. Raut wajah  Mak Cik Timah menunjukkan reaksi sedih dan Alim terus bertanyakan kepadanya. Mak Cik Timah memberitahu beliau tidak sedih tetapi gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman. Alim juga meberitahu Mak Cik Timah yang dia suka berkawan dengan Sulaiman kerana dia baik. Alim melambai Mak Cik Timah sebelum masuk ke rumah. Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan Alim sekeluarga.

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...