Thursday 13 February 2020

BBM3410satu2020: Penulisan Blog

                             CARA CARA MENULIS BLOG

10 Cara menulis blog dengan baik

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7) Dapat dibaca dan difahami.

8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10) Berilmu untuk penulisan anda.



10 langkah cara menulis blog dengan baik ini amat penting dalam penghasilan blog yang menarik. Langkah yang pertama, tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik ini mampu menarik para pembaca untuk mengetahui isi kandungan yang ditulis. Langkah kedua, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Cerita menarik ini perlu bagi menarik minat para  pembaca supaya membaca apa yang ditulis sehingga habis. Langkah ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Unsur lawak jenaka perlu supaya pembaca tidak bosan dan menjadikan sesuatu cerita itu menarik. Langkah keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menguraikan penulisan anda. Hujah ini bertujuan untuk mengukuhkan idea yang diluahkan dalam blog. Langkah kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Perlu untuk mengaitkan penulisan dengan berita terkini untuk menjadikan kita peka terhadap isu semasa. Langkah keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas supaya pembaca dapat mengetahui isi kandungan yang ingin disampaikan dengan tepat. Langkah ketujuh, dapat dibaca dan difahami tentang maklumat yang ingin disampaikan. Langkah kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca secara maya melalui komen. Langkah kesembilan, penulisan blog perlu mempunyai nilai moral yang memberi iktibar kepada pembaca supaya dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Langkah kesepuluh, untuk menghasilkan penulisan blog penulis hendaklah menguasai ilmu yang hendak dibincangkan dalam blog.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing : Embracing the Technology.
  Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor  & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...