Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh (VANDIJK.1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

VanDijk(1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Strukut mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Teori VanDijk (19977) dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan cara melihat maksud global daripada suatu teks. Superstruktur pula membincangkan mengenai kerangka suatu teks. Struktur mikro memberi makna lokal daripada suatu teks.

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...