Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2



Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat 3 nilai yang saya perolehi iaitu nilai bertimbang rasa, baik hati, dan tolong menolong. Nilai bertimbang rasa ditunjukkan oleh bapa dengan menyuruh abang imran memanggil ahli keluarga yang lain untuk makan buah bersama. Nilai bertimbang rasa ini wajar diikuti kerana secara tidak langsung ia dapat membentuk peribadi yang baik dalam diri. Selain itu, nilai baik hati. Nilai baik hati ini ditunjukkan oleh Alim yang ingin memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Alim mahu bersedekah dengan cara memberi buah-buahan. Nilai baik hati ini merupakan sikap terpuji dan ibu bapa Alim memupuk nilai ini dari kecil. Seterusny, nilaitolong menolong. Setelah selelsai makan, Alim menolong keluarganya iaitu abang imran,, kak madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Tolong menolong ini wajar dilakukan kerana dapat membantu antara satu sama lain dan mempercepatkan urusan. Amalan tolong menolong ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat ringan tulang.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...