Wednesday 6 May 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



RUJUKAN


Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3


Berdasarkan cerita sosial 3, tiga nilai telah diperolehi iaitu kerjasama, kasih sayang dan tidak berputus asa. Pertama, nilai kerjasama dapat dilihat melalui adik beradik alim menolong antara satu sama lain dalam membuat kerja rumah. Alim mengemas permainan yang ditinggalkan Aisyah kerana dia kerap terlupa. Selain itu, nilai kasih sayang juga dapat dilihat apabila ibu Alim memujuknya menyiapkan kerja. Ibu akan memujuk Alim supaya menyiapkan kerja yang sedang dilakukan seperti menyapu sampah. Ibu akan memuji Alim supaya dia kembali bersemangat untuk menyiapkan kerja. Akhir sekali, nilai tidak berputus asa. Nilai ini ditonjolkan oleh Alim yang cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim bersabar dan tidak putus asa. Sikap tidak putus asa membantu dia memahami kerja yang dilakukan oleh keluarganya dan sedikit sebanyak dia dapat belajar untuk menolong ahli keluarganya.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




Kepentingan asas grafik terbahagi kepada lima iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi. Asas grafik perlulah menarik supaya masyarakat berminat. Foto dan video yang menarik secara tidak langsung dapat memberi kesan positif terhadap mesej yang ingin disampaikan. Selain itu, asas grafik yang mudah difahami akan memudahkan masyarakat membaca tanpa ada perasaan ragu-ragu. Seterusnya, grafik juga perlu mengandungi mesej tertentu supaya sampai terus kepada penonton. Kemudian, ketara merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto dan video yang dipaparkam kepada penonton akan menyebabkan masyarakat mudah memahami dan ia tidak begitu ketara dengan mesej yang ingin disampaikan. Akhir sekali, kepentingan asas garfik penting bagi mempromosikan barangan dan mesej mudah disampaikan.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...