Berdasarkan cerita sosial 3, tiga nilai telah diperolehi iaitu kerjasama, kasih sayang dan tidak berputus asa. Pertama, nilai kerjasama dapat dilihat melalui adik beradik alim menolong antara satu sama lain dalam membuat kerja rumah. Alim mengemas permainan yang ditinggalkan Aisyah kerana dia kerap terlupa. Selain itu, nilai kasih sayang juga dapat dilihat apabila ibu Alim memujuknya menyiapkan kerja. Ibu akan memujuk Alim supaya menyiapkan kerja yang sedang dilakukan seperti menyapu sampah. Ibu akan memuji Alim supaya dia kembali bersemangat untuk menyiapkan kerja. Akhir sekali, nilai tidak berputus asa. Nilai ini ditonjolkan oleh Alim yang cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim bersabar dan tidak putus asa. Sikap tidak putus asa membantu dia memahami kerja yang dilakukan oleh keluarganya dan sedikit sebanyak dia dapat belajar untuk menolong ahli keluarganya.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment