Berdasarkan cerita sosial 4 yang bertajuk hati terdapat 3 nilai yang diperolehi iaitu berdikari, hormat menghormati, dan bersedekah. Nilai berdikari ditunjukkan oleh alim yang sudah pandai memakai baju sekolah sendiri dan pandai memakai kasut sekolah. Alim melakukan semuanya tanpa bantuan dari orang lain. Alim tidak mahu menyusahkan orang lain.
Selain itu, nilai hormat menghormati. Nilai ini ditunjukkan apabila Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah, dan Aisyah. Alim bersalaman dengan kesemua ahli kelurganya sebelum ke sekolah. Alim diajar oleh keluarganya supaya hormat menghormaati tidak kira tua mahupun muda.
Seterusnya, nilai bersedekah. Nilai ini ditunjukkan oleh kelakuan Alim yang berkongsi kek cawan dengan rakan yang lain. Alim bersedekah dengan rakannya bersempena dengan hari lahirnya pada hari itu. Alim telah dipupuk supaya bersedekah dari kecil. Bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin tetapi Allah akan meluaskan rezeki kepada orang yang suka memberi.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment