1. Mudah
Mudah dapat difahami sebagai bagaimana foto atau video mudah untuk difahami melalui penglihatan. Mudah juga dapat didefinisikan sebagai tafsiran mesej sesuatu imej.
2. Warna
Warna adalah kombinasi warna di dalam foto dan video. Secara mudah grafik perlu mempunyai tidak lebih daripada tiga warna. Tetapi warna yang lebih boleh digunakan berdasarkan mesej yang ingin disampaikan.
3. Teks
Teks adalah bagaimana penulis menggunakan jenis dan saiz font dalam pengimejan. Selain itu, isi teks juga menjadi elemen dalam pemahaman berdasarkan grafik.
4. Kesesuaian
Latar tempat, latar masa dan latar watak adalah perkara yang sesuai untuk diambil kira di dalam aspek kesesuaian foto ataupun video.
5. Keseimbangan
Keseimbangan dalam grafik dapat dikira melalui ruang dalam foto dan juga video. Ruang di sisni mengambil kira bahagian kira, kanan, atas dan bawah. Keseimbangan dapat dicapai apabila imej yang ingin dipaparkan dapat dipersembahkan dengan baik.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment