Tuesday 7 April 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (2)

Sinopsis Cerita Sosial 2


Keluarga Alim gemar makan buah-buahan tempatan. Setiap hari Ahad bapa akan pergi ke pasar tani untuk membeli buah buahan untuk kami sekeluarga. Banyak  buah-buahan yang dibeli antaranya buah rambutan, durian, manggis, buah langsat, duku dan banyak lagi. Bapa menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adik yang lain untuk makan bersama buah-buahan yang baru sahaja dibelinya. Ibu menyediakan bakul sampah dan berpesan kepada kami supaya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengelakkan rumah daripada kotor dan bersepah. Kami mengangguk faham apa yang dikatakan oleh ibu. Alim meminta izin kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada jiranya iaitu Sulaiman. Ibu dan bapa berpesan berkongsi makanan dan barang merupakan perbuatan yang baik dan mulia. Ibu mengasingkan buah-buahan dan menyuruh Alim memberikan kepada Sulaiman. Alim memberikan kepada Sulaiman buah buahan yang dibungkus sebentar tadi oleh ibunya. Sulaiman mengucapkan terima kasih. Mak cik Timah iaitu ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih dan mendoakam kesejahteraan Alim sekeluarga. Mak cik Timah gembira kerana Alim baik dengan anaknya.




Normaliza Abd Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...