Rule
of thirds merupakan teknik dalam fotografi. Rule of third ini memberi panduan
kepada kita untuk meletakkan subjek kita di dalam gambar. Teknik ini dapat memberikan
keseimbangan kepada gambar seterusnya gambar yang ditangkap kelihatan cantik dan
menarik. Untuk menggunakan teori ini perlu bayangkan dua garis menegak dan dua
garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan ini akan menghasilkan 9 bahagian
yang sama besar. Semasa mengambil gambar, seseorang perlu melihat melalui pemidang
titik. Rule of third akan memberikan empat garis yang berguna untuk elemen
dalam foto. Rule of thirds tidak figunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala
boleh menghasilkan foto yang lebih menarik. Subjek yang diletakkan pada salah
satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang akan menampakkan subjek menyerlah dalam gambar. Penggunaan rule of
thirds ini tidak semestinya perlu berada di tengah-tengah , ia juga boleh
berada di kiri atau kanan. Penggunaan
rule of thirds ini juga bertujuan untuk menampakkan pemandangan dan
latar belakang sesuatu tempat. Contohnya, di tasik dan pantai.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2014), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment