Menulis
cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses
penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan
juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat
mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim,2014)
Pelajar
lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses
pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam
aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran.
(Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Menurut
Normaliza Abd Rahim(2014), antara cabaran bagi seseorang individu untuk menceburkan diri bagi menulis
cerita sendiri adalah kurang keyakinan semasa menulis. Mereka yang menulis cerita sendiri kurang yakin dengan cerita yang ditulis. Mereka juga takut cerita tersebut tidak menarik minat orang lain untuk membaca. Selain itu, penulis terlebih dahulu bersikap negatif sebelum mencuba. Penulis takut berdepan kritikan tentang apa yang pembaca fikir
tentang penulisannya. Mereka ini bukanlah tidak mempunyai idea yang bagus dan bernas tetapi mereka berfikir bahawa apa yang akan diperkatakan oleh
orang lain tentang penulisannya lagi penting dan seterusnya fikiran negatif ini terus menghantui. Menurut Noraien
Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), penglibatan pelajar dalam sesuatu
aktiviti secara berterusan sangat penting bagi mengelakkan salah faham dalam
pembelajaran. Jika pelajar hanya memahami sesuatu konsep atau teori sahaja ketika berada di
dalam kelas ia boleh mengakibatkan berlakunya salah faham. Fahaman setiap pelajar tentang perkara yang disampaikan oleh guru-guru tidak
sama. Beberapa aktiviti yang dijalankan dalam kelas juga mampu mengelakkan kebosanan semasa
proses pembelajaran. Contohnya, jika guru menjalankan aktiviti seperti kuiz pelajar tidak akan berasa bosan kerana ada hubungan dua hala di dalam kelas antara guru dan pelajar.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh! Media Sosial, Universiti Malaysia Terenggganu.
Noraien Mansor (2019), Eh! Media Sosial, Universiti Malaysia Terenggganu.
No comments:
Post a Comment