Thursday 11 June 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


Terdapat 3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 5 iaitu jiran. Nilai pertama ialah berkongsi. Alim suka berkongsi dengan jiran. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang gemar berkongsi dengan orang sekeliling tidak kira keluarga mahupun jiran. Alim di didik dari kecil oleh ibu bapanya supaya berkongsi. Alim memberikan buku cerita kepada jiran sebelah yang bernama Sulaiman. Alim mahu Sulaiman pandai.

Selain itu, nilai kedua ialah pemurah. Alim gemar berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman. Contohnya, Alim ada memberikan Sulaiman buah-buahan yang dibeli bapa. Alim tidak pernah bekira dengan orang lain. Jiran Alim iaitu Sulaiman juga seorang yang pemurah. Sulaiman kadangkala berkongsi makanan coklat yang dibeli dengan Alim.

Seterusnya, nilai ketiga iaitu redha. Alim tidak pernah merungut walaupun dia mudah ditimpa sakit. Alim redha dengan kehendak Allah dan sabar. Setiap penyakit yang ditimpa merupakan penghapus dosa. Alim tidak merungut kepada ibu bapanya kenapa dia selalu sakit dan dia gemar mendiamkan diri dan tidur sehingga dia kembali pulih.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...