Thursday 18 June 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

SOALAN : NYATAKAN PERBEZAAN KAJIAN DALAM BAB FACEBOOK DAN TWITTER

Perbezaan kajian dalam bab facebook dan twitter dilihat melalui penggunaan bahasa yang sopan. Pengguna yang menggunakan Twitter kebanyakkannya menggunakan bahasa yang sopan ketika menulis sesebuah cerita berbanding Facebook yang kadangkala menggunakan kata-kata kesat jika tidak bersetuju.

Selain itu, pengguna yang menggunakan Twitter kebanyakan umur tinggi, Pelajar sekolah rendah kurang berminat menggunakan aplikasi ini berbanding facebook kerana mereka tidak tahu menggunakan aplikasi ini.

Facebook lebih sesuai untuk menjalakan aktivti pembelajaran berbanding di Twitter. Banyak group atau kumpulan yang berbentuk ilmiah yang dibentuk di dalam Facebook yang  memudahkan guru untuk memberikan maklumat manakala Twitter lebih sesuai dijadikan sebagai platform untuk mengumpul maklumat, berkongsi pengalaman hidup, berbisnes.

Seterusnya, had bagi memasukkan sesuatu entri. Bagi Facebook jumlah perkataan yang digunakan tiada had berbanding dari laman twitter yang mempunyai had perkataan.

Akhir sekali, medium Facebook juga mempunyai had masa yang lebih panjang bagi memuat naik video berbanding dengan laman Twitter. Twitter mempunyai durasi beberapa minit dan jika video terlalu panjang terpaksa memotong dan memuat naik sehingga keseluruhan video selesai

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...