Thursday, 30 April 2020

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Pada minggu 6 saya ditugaskan untuk menggunakan media sosial iaitu Facebook. Saya menerangkan penggunaan Rule of Thirds di dalam facebook berserta contoh lukisan.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2



Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat 3 nilai yang saya perolehi iaitu nilai bertimbang rasa, baik hati, dan tolong menolong. Nilai bertimbang rasa ditunjukkan oleh bapa dengan menyuruh abang imran memanggil ahli keluarga yang lain untuk makan buah bersama. Nilai bertimbang rasa ini wajar diikuti kerana secara tidak langsung ia dapat membentuk peribadi yang baik dalam diri. Selain itu, nilai baik hati. Nilai baik hati ini ditunjukkan oleh Alim yang ingin memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Alim mahu bersedekah dengan cara memberi buah-buahan. Nilai baik hati ini merupakan sikap terpuji dan ibu bapa Alim memupuk nilai ini dari kecil. Seterusny, nilaitolong menolong. Setelah selelsai makan, Alim menolong keluarganya iaitu abang imran,, kak madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Tolong menolong ini wajar dilakukan kerana dapat membantu antara satu sama lain dan mempercepatkan urusan. Amalan tolong menolong ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat ringan tulang.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL GAMBARAN KESELURUHAN




RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.


Monday, 27 April 2020

BBM3410Satu2020: PPT 1&2 MULTIMEDIA DALAM BAHASA



BAB 1- PEKAKA BERCERITA: ANIMASI DAN LAGU CERITA RAKYAT MALAYSIA




BAB 2- KONFLIK NILAI MELALUI TEKNOLOGI ANIMASI







Wednesday, 8 April 2020

BBM3410Satu2020: PENCERITAAN DALAM BENTUK PETA MINDA

Aktiviti 1: Penceritaan dalam bentuk peta minda





RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh! Media Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.

Tuesday, 7 April 2020

BBM3410Satu2020: Strategi Kesopanan


NAMA:MUHAMMAD HAZIQ BIN SAHARI

NO MATRIK: 199800

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN & LEVINSON (1987)

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep 'wajah' untuk menggambarkan "kesopanan' dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis 'wajah': 'wajah positif dan 'wajah negatif. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan 'muka positif kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, 'muka negatif' adalah "tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu". Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-recond
 Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput  makan.

Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
 Mungkin!
 Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Kesopanan Positif 
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong? Boleh saya pinjam seratus ringgit? Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.


Off-record 
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.  Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (2)

Sinopsis Cerita Sosial 2


Keluarga Alim gemar makan buah-buahan tempatan. Setiap hari Ahad bapa akan pergi ke pasar tani untuk membeli buah buahan untuk kami sekeluarga. Banyak  buah-buahan yang dibeli antaranya buah rambutan, durian, manggis, buah langsat, duku dan banyak lagi. Bapa menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adik yang lain untuk makan bersama buah-buahan yang baru sahaja dibelinya. Ibu menyediakan bakul sampah dan berpesan kepada kami supaya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengelakkan rumah daripada kotor dan bersepah. Kami mengangguk faham apa yang dikatakan oleh ibu. Alim meminta izin kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada jiranya iaitu Sulaiman. Ibu dan bapa berpesan berkongsi makanan dan barang merupakan perbuatan yang baik dan mulia. Ibu mengasingkan buah-buahan dan menyuruh Alim memberikan kepada Sulaiman. Alim memberikan kepada Sulaiman buah buahan yang dibungkus sebentar tadi oleh ibunya. Sulaiman mengucapkan terima kasih. Mak cik Timah iaitu ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih dan mendoakam kesejahteraan Alim sekeluarga. Mak cik Timah gembira kerana Alim baik dengan anaknya.




Normaliza Abd Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...