Monday 23 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, video di atas merupakan hasil tugasan berkenaan dengan jenis-jenis flatlay daripada kumpulan kami. Walaupun agak kepenatan tetapi apabila melihat hasil kerja kumpulan kami timbul rasa puas dan seronok.

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.
  
Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Ini boleh dilihat bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre kesusasteraan berikut yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog. Pandangan dan pendapat di atas memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga untuk berlatih menggunakan perkataan yang sesuai.  Untuk pernyataan responden yang menulis cerpen pula, mereka
menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. Responden juga suka membaca cerpen pendek dalam blog kawan mereka. Bagi responden suka menulis skrip dalam blognya, mereka menyebut bahawa mereka boleh berkongsi skrip melalui blog dan mereka juga mampu untuk menulis apa sahaja dalam skrip. Responden mempunyai banyak perkara yang ingin ditulis dalam skrip memandang banyak idea untuk diceritakan. Responden turut bermotivasi apabila mereka tahu skrip mereka dibaca oleh orang lain melalui blog.
Pantun turut dinyatanya oleh responden. Pantun adalah genre yang bagus dan akan dibaca oleh rakan mereka; maka, ia akan membuatkan mereka ingin membaca yang lain.

Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Responden yang suka menulis surat di dalam blognya mereka menyatakan bahawa dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Responden turut menyatakan bahawa mereka menulis dan menerima surat melalui blog memandangkan ia memberi mereka lebih kepuasan.Untuk responden yang berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog, mereka menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan hari ke hari. Responden juga turut menyatakan bahawa mereka suka membaca blog rakan-rakan memandangkan mereka ingin mengetahui apa yang dirasai oleh rakan mereka. Terdapat juga responden yang berminat untuk menulis teka-teki di dalam blognya. Responden menyatakan bahawa mereka teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka.


Graf 6.3 menunjukkan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog.Terdapat responden begitu teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Responden juga suka meletakkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog.
Bagi audio pula, kesemua responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu.
Selain itu, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar di blog. Responden menyatakan bahawa blog yang mengandungi gambar akan menjadi menarik.


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.





BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat Penggunaan Instagram

Instagram dapat membantu mempelajari cara merakam video dan menonton cerita pendek. Instagram juga membantu  mereka untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian. Dengan ada Instagram maka semua orang dapat menggunakan platform ini dengan cara menceritakan tentang aktiviti harian dan secara tidak langsung Instagram dapat dijadikan sebagai diari.



Rujukan/Bibliografi

Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik Dalam Multimedia

Terdapat lima asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan

1. Mudah
Mudah dapat difahami sebagai bagaimana foto atau video mudah untuk difahami melalui penglihatan. Mudah juga dapat didefinisikan sebagai tafsiran mesej sesuatu imej.

2. Warna
Warna adalah kombinasi warna di dalam foto dan video. Secara mudah grafik perlu mempunyai tidak lebih daripada tiga warna. Tetapi warna yang lebih boleh digunakan berdasarkan mesej yang ingin disampaikan.

3. Teks
Teks adalah bagaimana penulis menggunakan jenis dan saiz font dalam pengimejan. Selain itu, isi teks juga menjadi elemen dalam pemahaman berdasarkan grafik.

4. Kesesuaian
Latar tempat, latar masa dan latar watak adalah perkara yang sesuai untuk diambil kira di dalam aspek kesesuaian foto ataupun video.

5. Keseimbangan
Keseimbangan dalam grafik dapat dikira melalui ruang dalam foto dan juga video. Ruang di sisni mengambil kira bahagian kira, kanan, atas dan bawah. Keseimbangan dapat dicapai apabila imej yang ingin dipaparkan dapat dipersembahkan dengan baik.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


BBM3410Satu2020: Peta Minda (Instagram)


Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti PutraMalaysia

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh (VANDIJK.1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

VanDijk(1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Strukut mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Teori VanDijk (19977) dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan cara melihat maksud global daripada suatu teks. Superstruktur pula membincangkan mengenai kerangka suatu teks. Struktur mikro memberi makna lokal daripada suatu teks.

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410satu2020: Taksonomi Strategi dan Komunikasi

TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DONYEI DAN SCOTT

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/ Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan

3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Pengunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11, Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Pengunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat 10 teori pengelakkan dan pengurangan daripada  Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) iaitu  Pengabaian/ Peninggalan mesej, Pengolakan topik seperti (Achievement or Compensatory Strategies dan Pencapaian atau Strategi, Panpasan, Parafrasa (Circumlocution) , Penghampiran, Penggunaan perkataan semua tujuan, Cipta perkataan baharu (Word-coinage), Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means) , Terjemahan literal Pengantarabangsaan. Pertukaran kod, Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu dan Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices). Taksonomi strategi komunikasi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu strategi pengelakan, pencapaian dan penangguhan.

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KALENDER 2021

Hi semua hari ni saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara hendak buat kalender. 1) Download Adobe Photoshop 2) Tak kesah downlo...